Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Trump sah hadir ke aksi final

Piala Dunia 2026: Trump sah hadir ke aksi final

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, disahkan akan menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2026 yang menemukan Argentina dan Sepanyol di Stadium New York-New Jersey.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, dalam sidang media pada Khamis.

“Kami menantikan perlawanan akhir pada Ahad (waktu AS) dan saya tahu presiden juga tidak sabar untuk hadir.

“Kehadirannya akan melengkapkan penganjuran Piala Dunia paling banyak ditonton, paling selamat dan paling berjaya dalam sejarah Amerika Syarikat,” katanya.

Leavitt bagaimanapun berkata dia tidak pasti pasukan mana yang menjadi pilihan Trump untuk menjulang trofi dunia.

“Saya tidak tahu siapa pilihan Trump, tetapi anda semua boleh bertanya sendiri kepada presiden. Saya pasti beliau akan memberikan jawapan yang menarik,” katanya sambil berseloroh.

Selain menghadiri final, Trump juga dijadual menyertai satu majlis resepsi anjuran FIFA di Trump Tower, New York, pada Jumaat.

Kehadiran Trump dijangka menambah lagi tumpuan terhadap aksi kemuncak Piala Dunia 2026 yang menyaksikan juara bertahan Argentina memburu kejuaraan keempat, manakala Sepanyol berpeluang merangkul gelaran dunia buat kali kedua selepas kejayaan pada 2010.

Final di Stadium New York-New Jersey itu dijangka berlangsung di hadapan puluhan ribu penyokong, selain disaksikan ratusan juta penonton di seluruh dunia.

Kehadiran pemimpin negara tuan rumah pada perlawanan akhir turut dilihat sebagai simbolik kepada kejayaan Amerika Syarikat menganjurkan kejohanan terbesar bola sepak dunia itu bersama Kanada dan Mexico.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement