Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim Selangor: Semua pemain perlu kerja keras -- Kalamullah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalamullah-al-hafiz.jpg
Penjaga gol utama Selangor, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi, yakin perubahan ketara pasukan itu musim ini sebagai amaran buat pesaing yang lain.

Segala keperluan untuk menambah kekuatan The Red Giants sedang diteliti sepenuhnya pihak pengurusan dan Kalamullah percaya sepenuhnya keampuhan pasukan, khususnya di bahagian pertahanan sedang berlaku proses naik taraf.

"Baik pemain import atau tempatan tetap perlu memberikan usaha 100 peratus.




"Setiap pasukan pastinya ada tekanan tapi kami hanya fokus kepada tugas masing-masing," katanya di Nadi Arena. 

Malah, Kalamullah sedar bahawa dia perlu bekerja kuat dalam Piala Shoppe, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2, dan merebut empat piala domestik.

"Kami akan mengharungi banyak perlawanan pada musim depan. 

"Sepanjang tempoh dua minggu ini, kami cuba memperbaiki kekurangan dalam pasukan mahupun individu," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video