BOLA SEPAK
Politik akan buat bola sepak Malaysia tidak ke mana-mana
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, menjelaskan bola sepak negara tidak akan memiliki masa depan jika ia masih lagi dibelenggu dengan politik.
Menerusi temubual eksklusif dalam rancangan Bola@Mamak, Tunku Ismail berkata, "Tidak begitu teruk, tetapi memerlukan orang yang sesuai untuk mengendalikan bola sepak perlu semangat untuk bola sepak. Terdapat dua jenis manusia dalam industri bola sepak, mahu berjaya atau menjadi terkenal, ia bukan perkara yang teruk namun politik boleh meruntuhkan bola sepak negara. Jika perkara ini diteruskan, bola sepak negara tidak akan ke mana-mana.
"Ahli politik memiliki tugas yang tersendiri, jadi mereka tidak boleh menguruskan bola sepak, yang ada menguruskan pasukan sekalipun, mereka tidak memiliki kesan untuk jangka masa panjang kerana mereka adalah ahli politik.
Iklan
"Keutamaan harus diletakkan kepada pasukan dan kelab. Jika tidak mengetahui cara untuk mengendalikan pasukan, lebih baik tugas itu diberikan kepada mereka yang selayaknya. Yang boleh bertugas sepenuh masa untuk bola sepak. Di Johor, saya memiliki pasukan pengurusan yang hadir daripada sukan bola sepak -- pengarah teknikal dan pengarah sukan JDT merupakan bekas pemain dan mereka amat mengenali situasi yang perlu dilalui dalam bola sepak.
"Jadi kepada ahli-ahli politik yang terlibat, saya berasakan lebih baik mereka mengutamakan tugas kepada rakyat dan negeri dan memberikan bola sepak kepada pihak yang arif dalam perkara ini."
Must-Watch Video