UCL
Polis Madrid bertempur dengan penyokong Bayern
Polis bertempur dengan peminat Bayern Munich di Santiago Bernabeu susulan kekalahan kelab Jerman itu kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara.
Polis rusuhan yang dilengkapi pelindung muka, perisai dan cota keselamatan dilihat memasuki bahagian penyokong pelawat pada penghujung babak pertama perlawanan suku akhir kedua itu, awal pagi tadi.
Beberapa peminat, ramai di kalangan mereka yang memakai kain di muka, bertelagah dengan anggota keselamatan ketika mereka mula membentuk dua barisan di tempat duduk penyokong.
Iklan
Tidak ada petunjuk mengenai apa yang mendorong tindak balas anggota keselamatan itu.
Madrid telah berjanji untuk meningkatkan kehadiran polis sebelum perlawanan, ekoran pertempuran yang dicetuskan peminat Leicester City pada minggu lepas ketika membabitkan pertemuan di antara Atletico Madrid dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Hampir 1,800 pegawai akan memastikan perlawanan diadakan seperti biasa dan keselamatan diperketatkan di dalam dan luar stadium," kata Dewan Bandaraya Madrid dalam satu kenyataan pada minggu ini.
"Bilangan polis juga akan dipertingkatkan di kawasan pelancongan di ibu negara."
Madrid menang 4-2 selepas masa tambahan untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 6-3.
Must-Watch Video