Skip to main content

Bola Sepak

Pogba punyai 'sikap positif', United perlu mula menang piala -- Solskjaer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pogba.jpg
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak bimbang dengan sikap Paul Pogba, walaupun dia menerima pemain Manchester United itu yang 'bercita-cita tinggi untuk bermain bersama pasukan yang memenangi trofi.

Sejak kembali ke Old Trafford dari Juventus dalam perpindahan rekod dunia pada tahun 2016, Pogba telah berulang kali dikaitkan dengan perpindahan kali kedua meninggalkan United.

Juve dan Real Madrid sering disebut sebagai tempat berpotensi buat Pogba, sementara pemenang Piala Dunia itu berjuang untuk tampil secara konsisten di tahap terbaik.

Musim Liga Perdana Inggeris (EPL) paling produktif Pogba menyaksikan dia meraih 13 gol dan sembilan assist dalam 35 perlawanan pada 2018-19, namun dia sekadar meledak sekali musim lalu dan menghasilkan tiga lagi sepanjang 16 penampilan.

Satu gol dalam 10 perlawanan musim ini -- di mana menyaksikan dia telah diturunkan tujuh kali dalam kesebelasan utama -- mewakili satu lagi pulangan yang kurang memuaskan kerana spekulasi perpindahan mula menjadi perbualan utama.

Walaupun ejen, Mino Raiola, telah menyatakan masa Pogba di kelab akan berakhir, Solskjaer memilih untuk tidak mengkritik pemain tersebut, yang gagal untuk menambah gelaran Piala EFL dan Liga Europa (UEL) dimenanginya pada tahun pertama kembali ke Manchester.

Ketika ditanya lagi mengenai bintang Perancis semalam, pengurus itu menyarankan agar United perlu memenangi gelaran untuk memastikan pemain-pemain utama mereka gembira dan mengekalkan skuad berbakat.

"Ini selalu menjadi tuntutan di Manchester United untuk memenangi piala," kata Solskjaer kepada ESPN.

"Dan semakin banyak kita memenangi piala, semakin banyak pemain yang mahu bermain untuk kita -- maka standard yang lebih tinggi yang harus anda tetapkan sendiri.
 
"Ini adalah tuntutan untuk pemain, cabaran bagi pemain bahawa kita mahu mereka bertambah baik dan menjadi lebih baik dan lebih baik.

"Paul sudah lama bersama pasukan dan semestinya dia mahu memenangi gelaran. Dia memiliki sikap yang bagus ketika latihan dan bermain bola sepak.

"Dia cintakan bola sepak, seorang berazam tinggi, mahu berjaya -- sama seperti pemain-pemain lain.

"Saya akan mengatakan bahawa skuad ini telah mengagumkan saya dengan sikap dan semangat mereka akhir-akhir ini dan cara mereka menjalankan tugas mereka.

Sudah tentu, kita harus memenangi trofi dan kemudian kita akan melihat siapa yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini."

Peluang seterusnya buat United bagi meraih gelaran hadir menerusi saingan Piala EFL, dengan The Red Devils beraksi dalam suku akhir berdepan Everton, yang diatasi dalam saingan EPL bulan lalu, awal pagi esok.

Advertisement

Must Watch Video