Skip to main content

Bola Sepak

Pochettino tidak simpan dendam dipecat Levy

mauricio-pochettino.jpg
Mauricio Pochettino percaya pengerusi Tottenham yang dikritik hebat, Daniel Levy, telah melaksanakan tugas yang luar biasa dan sama sekali tidak berdendam mengenai pemecatannya pada 2019.

Pengurus Chelsea itu akan kembali ke Spurs buat kali pertama sejak dipecat oleh Levy untuk perlawanan 'derby' menentang bekas pasukannya berkenaan awal pagi Selasa ini. 

Pengurus kelahiran Argentina itu disanjungi peminat sepanjang lima tahun setengah mengemudi kelab utara London tersebut tetapi berisiko mencemarkan legasinya dengan menyertai salah satu musuh ketat pada musim panas lalu. 

Levy -- pengerusi paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- sering dikritik hebat dan tindakannya tidak begitu disenangi peminat walaupun pelantikannya terbaru, Ange Postecoglou, melancarkan permulaan yang memberangsangkan bagi memulihkan reputasi mereka.

Pochettino menerima mesej tahniah daripada bekas bosnya itu berikutan perpindahannya ke Stamford Bridge sambil menegaskan mereka berada di kedudukan baik menjelang pertemuan semula berkenaan. 

Ditanya mengenai hubungan mereka, Pochettino menjawab: “Sangat bagus, ya.





“Kami saling menghormati dan dia ada menghantar teks ketika saya bersetuju untuk ke Chelsea, dia mendoakan yang terbaik buat saya dan semua orang.

“KAmi perlu bersikap semula jadi. Setelah hampir enam tahun bekerja bersama, berapa banyak perkara yang berlaku dalam waktu itu? Mesti ada situasi baik dan tidak begitu bagus.

“Kami bertanggungjawab atas hubungan kami. Kami tidak boleh memutaskan hubungan ini selepas melalui tempoh yang sangat penting dalam karier kami dan kelab.”

Advertisement

Must Watch Video