Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, berkata setiap jurulatih di dunia mahu pemain berkualiti seperti Lionel Messi meskipun sudah berusia.
Kontrak Messi, 33, bersama Barcelona akan tamat pada penghujung tahun ini dan pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu sedang hangat dikaitkan untuk menyertai PSG atau Manchester City.
Pochettino baru sahaja mengambil alih PSG awal bulan ini tetapi sudah ditanya soalan mengenai potensi Messi menyertai pasukan itu.
Bekas pengurus Tottenham itu berkata setiap jurulatih di dunia pasti mahu memiliki Messi.
"Adakalanya perkataan sahaja tidak memadai. Dengan soalan yang anda tanyakan kepada saya, semuanya memang difahami," katanya kepada AS.
"Jurulatih mana di dunia tidak mahukan pemain dengan kualiti seperti yang anda tanyakan itu? Saya amat memahami soalan itu tetapi ia hanya mencari kontroversi.
"Ia soalan yang berbahaya jika perkataan yang keluar daripada mulut saya diambil dengan konteks berbeza... Pochettino tidak hormat, Pochettino bercakap seperti ini, Pochettino bercakap seperti itu."
Pochettino sebelum ini pernah mendedahkan hubungannya dengan Messi memandangkan mereka sama-sama terlibat dengan sistem pembangunan Newell's Old Boys.
Ketika pengendali berusia 48 tahun itu mengagumi Messi, dia juga sudah bersedia untuk berdepan pemain bintang itu ketika PSG menentang Barcelona dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
"Tiada apa untuk diperkatakan lagi. Saya menghormati dan meminatinya, jadi saya memilih untuk tidak berkata apa-apa yang merujuk kepadanya. Itulah penghormatan terbaik yang anda boleh berikan kepada seseorang.
"Kami berkongsi pengalaman sebagai dua orang yang pernah menyarung jersi Newell dan ia merupakan sesuatu yang besar. Ia mempersatukan kami.
"Memandangkan dia pemain terbaik sepanjang zaman, saya tidak akan mendedahkannya dan apabila kami bertemu, kami akan bersaing demi kepentingan kami," katanya lagi.

When @AntoGriezmann finds Leo #Messi, it's a thing of beauty. ? pic.twitter.com/xPx4Ehbmfe
— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 28, 2021