Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pochettino: Chelsea sedang tertekan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mauricio-pochettino_1.jpg
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, menyifatkan Chelsea mengalami kesukaran untuk menerima hakikat jika mereka gagal untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad kendalian Antonio Conte mendahului takhta liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas penghuni tangga kedua, Spurs, menjelang lapan perlawanan terakhir bagi musim  2016-17.

Pochettino mencadangkan The Blues sedang tertekan untuk mengharungi fasa terakhir saingan EPL.

"Ketika anda mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata dan berbaki lapan perlawanan, ia adalah satu kebiasaan untuk berakhir dengan menjulang gelaran liga," katanya.

"Mereka berada di landasan yang baik. Kami hanya mahu melakukan tugas kami, terus memenangi perlawanan dan memberikan tekanan kepada mereka.

"Kami memiliki perancangan yang berbeza berbanding Chelsea. Kami adalah kelab yang berbeza. Kelab kami memiliki sejarah yang lebih besar berbanding kelab-kelab lain di England.

"Sejak Mei 2014, banyak perubahan yang berlaku di dalam kelab ini. Saya sangat gembira dan berbangga dengan pasukan saya.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk kami bermain dalam usaha mencari kejayaan dengan pendekatan kami. Kami percaya untuk memenangi gelaran juara liga di masa akan datang."

Advertisement

Must Watch Video