Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedang berusaha sebaik mungkin bagi memastikan permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil berada dalam keadaan terbaik sempena perlawanan kedua play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023 di antara Malaysia dan Timor Leste, esok.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, memandang serius rungutan peminat dan pihaknya akan terus melakukan kerja penyelenggaraan terhadap permukaan padang di venue itu sehingga hari perlawanan.
"Kami memotong rumput mengikut saranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pesuruhjaya perlawanan Persekutuan Bolsepak Antarabangsa (FIFA), iaitu 22 milimeter.
"(Padang teruk) akibat hujan pada hari perlawanan Jumaat lalu dan dalam tempoh beberapa hari ini, rumput baru mulai tumbuh.
"Sebelum perlawanan, kami akan melihat keadaannya dan jika perlu, kami akan potong," katanya.
Kualiti padang Bukit Jalil dipersoalkan dalam aksi pertama itu, Jumaat lalu, susulan permukaan padang yang teruk.
Kerosakan padang yang berlarutan sejak sekian lama bukan sahaja menjejaskan imej negara, malah memberi kesan kepada mutu permainan skuad kebangsaan.
"Bukan senang nak tukar rumput, bermacam-macam jenis rumput telah digunakan.
"Buat masa ini, saya kira rumput jenis 'cow grass' amat sesuai berikutan kestabilannya," katanya lagi.