Skip to main content

Bola Sepak

PKNP mahu kekalkan rekod tanpa kalah di Ipoh

pknp-fc.jpg
PKNP FC berikrar untuk memastikan rekod tanpa kalah di laman sendiri kekal apabila melayan kunjungan PDRM dalam saingan Liga Perdana di Ipoh, malam esok.

Menurut ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, beliau berbangga pemain-pemainnya bersikap profesional apabila berjaya menumpaskan MISC-MIFA setelah kecewa dalam saingan suku akhir pertama menentang Kedah dalam saingan Piala FA sebelum itu.

"Keyakinan pemain sudah kembali.  Itu yang saya bersyukur. Kali ini, kami fokus kepada kedudukan dalam liga selain memburu slot ke Piala Malaysia.

"Saya sedar PDRM pasukan lebih senior tapi kami ada kelebihan bermain di gelanggang sendiri.  Lagipun, PKNP mahu kekal rekod tanpa kalah di sini (Ipoh)" ujarnya.

PKNP FC akan menurunkan kesebelasan utama dengan kesemua pemain import cergas beraksi. 

Advertisement

Must Watch Video