Skip to main content

Bola Sepak

Pirlo: Juara pun kadang kala gagal sempurnakan sepakan penalti

juventus-forward-cristiano-ronaldo.jpg
Andrea Pirlo memberikan sokongan kepada Cristiano Ronaldo selepas bintang Juventus itu gagal menyempurnakan peluang buat juara Serie A bagi mendapatkan kemenangan daripada sepakan penalti ketika berdepan Atalanta.

Ronaldo meratapi percubaan pada minit ke-61 ditepis penjaga gol Atalanta, Pierluigi Gollini, ketika mereka seri 1-1 sekaligus Juve terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, AC Milan.

Federico Chiesa meledak gol pembukaan buat Juve pada minit ke-29 sebelum dinafikan Remo Freuler ketika perlawanan melewati minit ke-60.

Apabila Chiesa dijatuhkan Hans Hateboer empat minit kemudian, Ronaldo bertindak mengambil sepakan penalti sebelum berjaya dinafikan Gollini.

Ronaldo kini telah gagal menyempurnakan empat daripada 30 penalti untuk The Bianconeri, tetapi legenda Juve dan ketua jurulatih, Pirlo, tidak teragak-agak untuk memuji sumbangan pemain hadapannya. 

"Itu bukan perlawanan yang mudah tetapi dia berjaya," kata Pirlo.

"Sekiranya dia menjaringkan penalti, penilaian terhadap dirinya akan berubah. 

"Dia melakukan dengan sebaik mungkin, namun ia tidak berhasil seperti biasa tetapi dia adalah juara dan juara juga kadang-kala terlepas sepakan penalti."
   
Dengan mata yang dikongsi di Stadium Allianz, pencabar gelaran, Milan kekal mendahului saingan dengan empat mata selepas Juve merekodkan seri yang keenam selepas 12 perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video