BARCELONA 2 VILLAREAL 1
Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, menyalahkan jadual pramusim pasukannya yang menjadi punca kepada permulaan perlahan musim ini selepas menewaskan Villareal 2-1, awal pagi tadi.
Barca berdepan tekanan bersama pengurus, Ernesto Valverde, sebelum mencatat kemenangan di Camp Nou serta mengutip 10 mata daripada enam aksi LaLiga.
Tidak mahu memberi alasan, Pique berpendapat kempen pramusim yang menyaksikan Barca menjelajah ke Jepun dan Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada kempen mereka.
Lionel Messi tampil buat kali pertama dalam kesebelasan utama musim ini selepas kecederaan betis tetapi dikeluarkan sebelum rehat akibat masalah kesihatan.
"Kempen pramusim tidak membantu permulaan musim yang baik kerana melibatkan banyak aksi jelajah dan kekurangan latihan," katanya.
"Kebanyakan kami menyedari tentangnya dan bukan hanya Messi tetapi seluruh pasukan perlu terus berusaha kerana kami mesti mendapatkan kemenangan.
"Lihat apa yang berlaku kepada Messi sekarang. Namun, tiada alasan. Dalam pasukan, terdapat pemain yang layak untuk menggantikannya dan meneruskan cabaran walaupun kami berharap dia segera pulih.
"Ada beberapa pemain yang tidak mencapai prestasi terbaik kerana masalah itu. Saya tidak tahu tahap kecederaan Messi dan berharap ia tidak serius.
"Tiada alasan. Sentiasa tiada alasan untuk Barca walaupun kempen pramusim tidak begitu baik."
Jaringan daripada Antoine Griezmann dan Arthur membantu Barca mengatasi Villareal yang cuba bangkit menerusi Santi Cazorla.
Pique berkata tiga mata sangat penting buat anak buah Valverde itu tatkala mereka kini kurang satu mata berbanding pendahulu, Granada.
"Penting untuk menang sambil tidak memikirkan pasukan besar lain. Dengan kedua-dua gol serta kecederaan Messi, pasukan telah sedikit terkesan," tambahnya.
"Lawan telah mengekang usaha kami. Dalam babak kedua, ia sukar."
Barcelona akan bertandang ke Getafe dalam aksi seterusnya, Sabtu ini.