Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique, menganggap Sergio Ramos berhak sepenuhnya untuk mendapat kad merah dalam perlawanan El Clasico dan memikirkan pemain pertahanan Real Madrid itu akan merasainya sedikit masa lagi.
Pertahanan tengah Madrid itu dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas melakukan terjahan keras terhadap Lionel Messi dengan menggunakan kedua-dua kakinya.
Ramos berang dengan layangan kad itu dan dilihat memberi isyarat ke arah Pique ketika dia meninggalkan padang, dengan orang ramai di Santiago Bernabeu tidak senang dengan keputusan pengadil, Alejandro Hernandez.
Bagaimanapun, Pique menegaskan tidak perlu ada sebarang perbincangan ke atas Ramos, dengan Barcelona akhirnya mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 menentang 10 pemain, apabila Messi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92.
"Saya yakin dia akan sedar ia kad merah yang jelas apabila pulang ke rumah dan menyaksikannya sekali lagi," kata Pique.
"Dia melakukan terjahan dengan kedua-dua kaki ke arah Messi yang sudah melepaskan diri. Ia semua sangat jelas, dia melakukannya dengan tapak kaki dan tidak kepada bola. Tidak perlu lagi berbincang mengenainya.
"Saya melihat Ramos menunjuk ke arah saya selepas kad merah tetapi dia akan menyesal dengan apa yang berlaku apabila dia melihat kejadian itu lagi. Ia adalah kad merah yang sangat jelas."