Skip to main content

Bola Sepak

Pioli puji kematangan Milan

pioli.jpg
Stefano Pioli memuji kematangan pemain Milan yang semakin meningkat dengan ketiadaan penyerang, Zlatan Ibrahimovic yang mengalami masalah kecederaan.

The Rossoneri memperkuatkan kedudukan di puncak Serie A dengan kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria semalam hasil jaringan Franck Kessie dan Samu Castillejo.



Milan menang tanpa khidmat talisman Ibrahimovic, yang masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan hamstring dan dijangka akan kembali bersama pasukan.

Pemain berpengalaman dari Sweden itu telah menjaringkan 10 gol dalam enam perlawanan Serie A musim ini.

"Saya terkejut dengan kematangan pemain-pemain dalam perlawanan ini," kata Pioli.

"Walaupun ia adalah skuad termuda kami turunkna, Mereka tidak pernah membiarkan diri mereka kecewa dengan keputusan buruk atau berlebihan dengan hasil yang baik, mereka sangat mengagumkan saya.

"Kita semua tahu betapa Zlatan telah membantu kita untuk memperbaiki diri dan semua orang menginginkannya kembali secepat mungkin, tetapi setiap pemain menyumbang di sini.

“Ini pertama kalinya kami kehilangan Ibra, Simon Kjaer dan Ismael Bennacer, yang merupakan pemimpin pasukan, tetapi mereka menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa mereka dapat meneruskan pasukan.

"Ini bererti kita mempunyai semangat dan tenaga untuk menghadapi setiap cabaran.

"Keputusan ini sungguh memuaskan dan saya berasakan pasukan berhak untuk meraikannya."
 

Milan telah menang lapan daripada 10 perlawanan Serie A untuk mendahului Inter dengan berkelebihan lima mata.

Dalam 86 musim terdahulu dalam pertandingan itu, the Rossoneri telah meraih kemenangan lebih daripada kedudukan semasa ketika musim 1954/55 (sembilan perlawanan).

Bagaimanapun, Pioli mengakui Milan pencabar lain mula memberikan tekanan untuk merebut The Scudetto.

"Saya yakin keputusan hujung minggu ini menunjukkan pasukan terkuat akan datang, mereka hampir berakhir.

"Saya yakin Inter, Juventus dan Napoli masih akan mencabar sehingga ke akhir musim ini.

"Bagaimana anda boleh menganggap Juve bukan pasukan pilihan selepas mereka menang selama sembilan tahun berturut-turut? Atau Inter dengan pelaburan mereka, atau Napoli yang dibarisi skuad yang berbakat?”

Advertisement

Must Watch Video