Skip to main content

Bola Sepak

Pioli mahu Milan akhiri 2020 dengan satu lagi kemenangan

stefano-piloi.jpg
Stefano Pioli menegaskan lebih lagi bakal dipamerkan Milan selepas dia menyasarkan untuk mengakhiri tahun 2020 dengan melakar kemenangan 2020.

Milan memasukan perlawanan terakhir tahun ini berdepan Lazio ketika menghuni tangga teratas Serie A, berkelebihan satu mata ke atas Inter dan empat ke atas penyandang juara, Juventus.

The Rossoneri merupakan satu-satunya pasukan daripada lima saingan liga utama Eropah yang masih sebelum tewas, selepas Juventus ditewaskan Fiorentina 3-0 awal pagi tadi.

Satu lagi kemenangan buat Milan di laman sendiri ke atas Lazio awal pagi esok menyaksikan mereka akan kekal di puncak liga sehingga tamat tahun 2020.
 

"Penting buat kami memberikan yang terbaik untuk menang perlawanan ini, tanpa memikirkan kedudukan dan di mana kami berada sekarang," katanya.

"Kami perlu bermain selama 95 minit dengan penuh yakin. Kami masih lagi ruang untuk diperbaiki dan tidak memberikan tumpuan kepada Inter dan Juve."

 

Advertisement

Must Watch Video