Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ullisses Morais, mengakui kehadiran semula Ramon Marcote di Kedah mencipta dimensi baru menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Larkin, malam esok.
Bahkan, dia mengakui gagal menjangkakan kelainan yang akan ditampilkan Skuad Lang Merah.
Morais enggan memandang mudah kelibat Kedah, apatah lagi kehadiran Marcote dilihat sebagai pembaharuan positif bagi kem Hijau Kuning musim ini yang akan turun dengan status penyandang juara Piala Sumbangsih.
"Perubahan jurulatih sudah pasti memberi kelainan kepada pasukan Kedah.
"Marcote membawa idea baru dan itu yang perlu diberikan perhatian oleh anak buah saya kerana saya tidak mahu bermula langkah kiri musim ini," kata pengendali Harimau Selatan itu.
Sementara itu, ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, seakan-akan memberi bayangan corak permainan yang akan digunakan Kedah mampu memberi kesukaran buat pemain tuan rumah.
"Tahun lepas, kami menang dengan sentuhan jurulatih tempatan.
"Tahun ini pula, kami menggunakan jurulatih dari luar. Perbezaan mungkin dari segi taktikal berlainan dan corak permainan pantas yang akan diterapkan malam esok.
"Saya harap kami dapat mengikut perancangan jurulatih," katanya lagi.
Tambah Baddrol, jaringan awal mampu membantu membina momentum dalam memastikan kelebihan mereka sehingga tamat permainan.