Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: Marcote enggan terlalu fikirkan import ASEAN

ramon-marcote.jpg
Tatkala Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pun menyempurnakan slot import mereka, jurulatih Kedah, Ramon Marcote, masih lagi menunggu lampu hijau Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengisi slot terakhir pemain import ASEAN mereka. 

Marcote tidak mahu menjadikan hal itu sebagai satu masalah besar, sebaliknya bersikap realistik akan kepentingan tambahan pemain import dalam pasukannya. 

"Saya gembira dengan semua pemain, khususnya pemain muda. 

"Mereka telah menampilkan persembahan yang bagus untuk sampai ke tahap ini. 

"Saya hanya memikirkan mengenai pemain saya kerana mereka telah melakukan tugas dengan sangat baik. 

"Saya sudah bersedia untuk bersaing dalam perlawanan sulung ini, begitu juga anak buah saya. 

"Saya tidak memikirkan sangat pemain import ASEAN. Tidak ada apa yang perlu dibimbangi mengenainya," kata jurulatih berbangsa Sepanyol itu. 

Menurut Marcote, dengan kekuatan yang dimiliki Kedah, dia menjangkakan aksi sukar bakal ditampilkan anak buahnya dan juga pasukan tuan rumah. 

Sambil Piala Sumbangsih mahu dipertahankan, Kedah juga mengharapkan tiga mata mampu terhasil di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok. 

Advertisement

Must Watch Video