LIGA PERDANA MSIA
Piala Presiden: PKNP tewas di Chemor
Skuad Piala Presiden PKNP FC gagal meneruskan momentum kecemerlangan apabila tewas 2-0 kepada Selangor di Stadium Mini Chemor Perak, petang tadi.
Menurut ketua jurulatih A. Pugelenthi, pemainnya banyak melepaskan peluang jaringan dan agak keletihan.
Kata Pugelenthi, "ada tiga atau empat peluang keemasan untuk menjaringkan gol tapi dipersiakan. Apa pun saya puji semangat pemain.
Iklan
Saya tahu mereka agak keletihan kerana jadual minggu ini agak padat. Baru pulang daripada Terengganu dan Khamis ini pula akan bertemu Pahang di tempat lawan" balas Pugelenthi.
Sementara itu ketua jurulatih Selangor Omar Ali, bersyukur berjaya mendapat 3 mata di Chemor.
"Syukur. Kami dapat 3 mata di gelanggang lawan. PKNP pasukan hebat, tidak dinafikan", ujar Omar.
Beliau juga turut mengakui kepadatan jadual minggu ini menganggu persembahan kedua belah pasukan.
"Jadual sebegini nyata tidak memberi kelebihan kepada pasukan pelawat. Faktor jarak memenatkan pemain", tegasnya.
Must-Watch Video