Skip to main content

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Maghribi dikejutkan Benin

hakim-ziyech.jpg
MAGHRIBI 1 BENIN 1
(Benin ke suku akhir hasil penentuan penalti 4-1)

Hakim Ziyech gagal menyudahkan sepakan penalti pada penghujung masa sebenar perlawanan yang mengakibatkan Maghribi dikejutkan dengan kekalahan 1-4 kepada Benin menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan 16, Piala Negara-Negara Afrika di Kaherah, awal pagi tadi.


Maghribi menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan kemenangan 1-0 dalam ketiga-tiga perlawanan dan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menewaskan Benin, yang mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama menerusi tiga keputusan seri.

Namun, Ziyech gagal menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-96 selepas Youssef En-Nesyri menjaringkan gol penyamaan bagi memadam kelebihan Benin, yang terlebih dahulu di depan hasil sumbangan Moise Adilehou.

Walaupun kehilangan Khaled Adenon, yang dibuang padang dalam masa tambahan, Benin kental bertahan untuk membawa permainan ke penentuan sepakan penalti di mana Sofiane Boufal dan En-Nesyri gagal menemui sasaran.

Percubaan En-Nesyri dan Ziyech, yang dinafikan penjaga gawang Benin, Saturnin Allagbe, merupakan peluang terbaik yang terhasil dalam babak pertama.

Maghribi menunjukkan kesungguhan mereka dalam waktu-waktu awal babak kedua di mana Younes Belhanda menyudahkan peluang terbaik yang diperoleh dengan sepakan yang melambung tinggi.

Kegagalan itu mengundang padah pada minit ke-53 apabila pertahanan Benin, Adilehou, melakukan voli kencang untuk menewaskan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Boufan turut berdepan kegagalan menerusi tandukannya dan ketika Maghribi seakan-akan sudah kehabisan idea, Jordan Adeoti kehilangan penguasaan bola kepada Moubarak Boussoufa di tengah-tengah padang dan kesempatan itu dimanfaatkan En-Nesyri untuk menyamakan kedudukan.

Ziyech kemudian menyepak ke arah tiang gol ketika diberikan sepakan penalti pada saat-saat akhir selepas Stephane Sessegnon menjatuhkan Achraf Hakimi, sebelum Adenon pula dilayangkan kad kuning kedua dalam masa tambahan.

Skuad kendalian Herve Renard itu, bagaimanapun, gagal ke pusingan 16 selepas Mama Seibou menyempurnakan sepakan penalti penentuan terakhir Benin.

Benin akan bertemu Senegal, yang menewaskan Uganda 1-0 dalam satu lagi perlawanan pusingan 16, dalam suku akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video