Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain, mengakui pengalaman dalam Piala Mandiri ASEAN B-23 menjadi salam perkenalan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan dan medan pembelajaran terbaik buat dirinya untuk tampil lebih baik lagi pada masa akan datang.
Perjuangan baru sahaja bermula buat Nafuzi apabila bakal berdepan kelayakan Piala Asia B23 di Thailand pula, awal September ini.
Banyak yang perlu dipelajari, diperkemas.
"Ini sebuah pasukan yang (melibatkan) pemain mudanya baru dibentuk. Hanya segelintir sahaja yang bermain dalam Liga Super.
"Berbanding profil negara lain, sangat berbeza dengan Malaysia.
"Kami perlu bekerja keras daripada segi persiapan," katanya.
Mereka akan berentap dengan Thailand, Mongolia dan Lubnan dalam Kumpulan F, Nafuzi menyifatkan ia cabaran getir buat anak buahnya, dalam mencuba melayakkan diri ke kejohanan utama.
"Kami kena sedia jika ingin ke pusingan akhir," katanya lagi.