Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Magis empat hari Garrath McPherson perangkap Harimau Muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garrath-mcpherson.jpg
Anda tidak pernah kalah sebelum bermain, kata ketua jurulatih skuad B-23 Filipina, Garrath McPherson, ketika berkongsi rahsia di sebalik magis yang dilakukannya ketika menewaskan Malaysia B-23 dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23, di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Ia pada ketika pengendali dari Australia itu baru sahaja dilantik sebagai ketua jurulatih skuad muda The Azkals, empat hari sebelum kejohanan bermula.

"Persoalannya adakah kemenangan ini satu kejutan? Ibu bapa saya selalu berkata, anda tidak pernah tewas sesuatu perlawanan sebelum anda bermain," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Segala yang kami lakukan sewaktu persiapan ialah menjadi diri kami sendiri. Saya tidak akan turun berlawan jika saya fikir saya tidak ada peluang untuk menang.

"Peranan paling penting jurulatih adalah untuk menginspirasikan pemain mereka dan saya telah melihat sikap pasukan ini, saya telah melihat kualiti pemain kami dan seperti yang saya katakan, kita tidak tahu sejauh mana mereka boleh melompat selagi kita tidak memberikan mereka peluang.

"Adakah kemenangan ini satu kejutan? Tidak, kerana inilah tujuan kami bermain," katanya.

Dalam perlawanan itu, skuad negara menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi buntu di depan gawang sehingga dihukum dengan dua gerakan serangan balas.

Dua gol daripada Otu Abang Banatao dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat The Azkals.


 

Advertisement

Must Watch Video