Ketua jurulatih Indonesia B-23, Gerald Vanenburg, menegaskan pasukannya lebih berpeluang untuk keluar sebagai pemenang walaupun sekadar terikat tanpa jaringan dengan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi.
Skuad negara menamatkan saingan pusingan awal itu di tempat ketiga dengan empat mata hasil satu kemenangan menentang pasukan di tangga tercorot, Brunei, untuk akur gagal ke separuh akhir.
Terdahulu, Harimau Muda tewas 0-2 kepada Filipina dalam perlawanan pertama, sekali gus memiliki peluang tipis untuk meneruskan kemaraan.
Aksi di Jakarta semalam berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan tidak mampu menemui jaringan tetapi Vanenburg menegaskan skuad Garuda Muda kendaliannya lebih banyak mencipta peluang jaringan berbanding Malaysia.
"Saya fikir jika ada satu pasukan yang boleh menang, sejujurnya ia pasukan kami kerana kami memiliki peluang terbaik," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Adakalanya tidak mudah untuk anda menjaringkan gol dan berharap dapat ke separuh akhir."