Jurulatih Brunei B-23, Aminuddin Jumat, menegaskan kekalahan Malaysia kepada Filipina bukan gambaran sebenar kekuatan lawan dalam Piala Mandiri ASEAN B-23.
Sebaliknya, dia masih anggap skuad bimbingan Nafuzi Zain itu sebagai pasukan yang kuat dalam kejohanan ini, namun mengakui terkejut dengan keputusan 0-2 yang memihak skuad muda The Azkals.
"Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
"Kami juga mempunyai peluang tetapi kami harus berwaspada memandangkan Malaysia merupakan sebuah nama besar.
"Apa pun kami perlu terus tingkatkan pasukan untuk berdepan Malaysia," katanya.
Skuad muda Brunei turut bermula goyah dalam kempen kali ini susulan dibelasah 0-8 oleh tuan rumah, Indonesia, yang juga merupakan aksi pertama Kumpulan A.
Sememangnya, mereka enggan lagi menjadi mangsa belasahan dan kapten, Hafiy Herman, menuntut kebangkitan rakan sepasukan dalam usaha memberikan saingan.
"Kami mempunyai objektif tersendiri. Ini peluang untuk skuad pembangunan bersaing dan mendapat pendedahan memandangkan pertandingan yang terhad," katanya.
"Kami cuba perbaiki kesilapan yang telah dibuat.
"Mana tahu ada rezeki daripada Tuhan.
"Tengoklah macam mana kesudahan perlawanan ini," katanya pula.