Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Persefahaman kekuatan JDT

perak-jdt.jpg
Kalah dalam pusingan pertama peringkat separuh akhir di laman sendiri telah menutup peluang Perak sebenarnya untuk meneruskan kecemerlangan prestasi dalam saingan Piala Malaysia. 

Itulah realiti yang dilalui pasukan kendalian Yusri Che Lah itu apabila tidak mampu memberi saingan kepada juara bertahan Piala Malaysia dan juara sepuluh kali Liga Super berturut-turut itu, namun ia akan menjadi pengalaman yang berguna untuk pemain-pemain The Bos Gaurus apabila berhadapan dengan pemain-pemain berpengalaman Johor Darul Ta’zim sekali lagi nanti.

Dengan kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh anak didik Yusri Che Lah itu pasti akan mematangkan mereka seperti pemain pertahanan kiri Perak, Afif Asyraf, yang banyak memberi ruang kepada Arif Aiman dan Heberty untuk melakukan hantaran-hantaran lintang dan melakukan penyudah. 
Selain itu, apa yang penulis lihat dari perlawanan itu, pemain-pemain Perak terlalu banyak ‘ball watching’ terutama pemain-pemain tempatan sehingga mereka alpa dengan tanggugjawab dengan pemain lawan yang berhampiran mereka.

Bagi anak didik Esteban Solari pula, apa yang penulis melihat mereka tidak berhadapan dengan tekanan apabila bermain di Stadium Perak sebaliknya mereka menggunakan pengalaman untuk mengawal atmosfera dan kekuatan yang ada pada skuad Harimau Selatan itu. 

Lihat sahaja bagaimana persefahaman dan kombinasi yang ditampilkan di setiap bahagian terutama di bahagian midfield dan penyerang kerana mereka sentiasa aktif bergerak untuk mengosongkan ruang bagi memudahkan rakan mengambil alih tempat apabila tidak memiliki bola.

Lihat sahaja bagaimana Fernando Forestiere, Bergson de Silva, Heberty dan Oscar Arribas yang sentiasa bergerak untuk mengelirukan lawan selain bijak dalam permainan satu dua, terutama di laluan tengah semasa di ‘defending third’ lawan. 

Atas faktor itu juga Harimau Selatan berjaya melakukan jaringan dan membuatkan midfield serta pertahanan The Boss Gaurus terpegun dengan setiap gerakkan Harimau Selatan sehingga memberi ruang kepada pemain-pemain Harimau Selatan mengambil kesempatan atas kelemahan itu. 

Itulah yang membuatkan JDT berjaya memenangi jaringan yang besar dan selangkah ke perlawanan akhir untuk mempertahankan kejuaraannya.



 

Advertisement

Must Watch Video