Biarpun tewas 1-4 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi, ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, tetap berbangga dengan aksi ditunjukkan pemainnya.
Menurutnya, keberanian pemain muda memberikan tentangan sengit kepada JDT harus diberikan pujian walaupun mengetahui keupayaan pasukan lawan itu.
"Walaupun kami tewas, pemain kami berjuang. Kami berjuang bersungguh-sungguh dan tanpa memberikan laluan mudah walaupun keputusan memang memihak besar 4-1 kepada pihak lawan, saya kena tabik kepada semua pemain yang telah memberikan segala-galanya kepada 21,000 penonton pada malam ini.
"Pemain yang kita ada hari ini memiliki kemampuan teknikal yang baik, cuma hormat yang terlalu tinggi buat lawan menyebabkan mereka (pemain Perak FC) nampak terlalu kerdil," katanyaselepas perlawanan di Stadium Perak itu.
Dalam pada itu, Yusri amat terharu dengan sokongan diberikan penyokong dengan kehadiran tertinggi dicatat musim ini biarpun tidak dapat memenangi perlawanan itu.
Menurutnya, kehadiran penyokong yang begitu ramai merupakan impian utama bagi memberikan semangat kepada pemain berdepan pasukan lawan.
"Saya mengambil tanggungjawab kekalahan malam ini dan apa yang perlu kita lihat daripada segi positifnya, kami cuba beraksi dengan cara yang terbuka dan bukan itulah alasan tetapi bagaimana dengan pemain-pemain yang kami ada, kami mampu untuk beraksi dengan corak yang kami inginkan.
"Sudah pasti semua orang mahukan yang terbaik apabila beraksi di peringkat lebih tinggi. Sebenarnya impian saya semasa berada di Perak adalah untuk penyokong memenuhi stadium. Kami akan perbaiki kelemahan ini," katanya.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam, Perak FC tewas di tangan JDT 1-4 di hadapan 21,613 penyokong yang hadir ke Stadium Perak.
Perak FC bakal bertanding sekali menentang JDT dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ismail, Larkin pada 2 November depan.
-- Sinar Harian