LIGA SUPER MSIA
Piala Malaysia: Kevin tekad pastikan gawang KL City 'sifar jaringan'
Menjelang pertemuan pertama separuh akhir Piala Malaysia antara KL City menentang Terengganu pada Sabtu, penjaga gol KL City, Kevin Mendoza, mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk memastikan gawangnya kebal walaupun hanya beberapa hari sahaja dia sempat menyertai sesi latihan pasukan selepas pulang daripada tugasan bersama pasukan kebangsaannya, Filipina.
Tugas Mendoza tidak mudah kerana Terengganu juga kini berada di prestasi terbaik dan sememangnya menjangkakan saingan sengit bakal ditampilkan anak buah Tomislav Streinbruckner nanti.
"Sebagai satu pasukan, kami akan bersaing sebaik mungkin bertemu Terengganu," kata Kevin menerusi Nadi Arena.
Iklan
Sementara pemain tengah pasukan, Zhafri Yahya, enggan isu gaji yang menyelubungi pasukan menjejaskan fokus dan motivasi dirinya dan rakan rakan sekaligus merencatkan misi KL City untuk memiliki kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik separuh akhir nanti.
"Terengganu memiliki kelebihan tersendiri, namun kami sudah mempunyai perancangan rapi bagi menghadapi perlawanan ini," kata Zhafri.
Must-Watch Video