Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor tidak akan ambil pendekatan bertahan bertemu JDT -- Cheng Hoe

cheng-hoe.jpg
Bahang kehangatan pertembungan dua seteru utama, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor kian terasa dengan pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe, awal-awal menegaskan tiada istilah 'parking bus ' bertemu juara bertahan itu.

Dalam perkongsiannya bersama Nadi Arena, Cheng Hoe menganggap strategi bertahan bukan formula terbaik meraih keputusan positif untuk pertemuan itu nanti.

"Daripada segi corak serangan, JDT cukup ketara berbanding pasukan lain dalam saingan Liga Super," kata Cheng Hoe.

"Mereka dibolosi dengan satu jaringan di laman sendiri, jadi ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan transisi pasukan mereka daripada bertahan bertukar ke serangan cukup baik."

Namun, Cheng Hoe mengakui barisan pertahanannya perlu mengawasi rangkaian serangan JDT terutama kelibat Fernando Forestieri dan Bergson da Silva yang cukup berbahaya ketika ini.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu mahu anak buahnya belajar daripada kesilapan lalu apabila dibelasah 4-0 di tangan skuad Harimau Selatan dalam aksi Liga Super sebelum ini.
 
Sementara itu, Cheng Hoe menyuarakan kebimbangan terhadap kecergasan beberapa pemain yang baru pulang daripada tugasan negara terutama tonggak import pasukannya.

"Mungkin pemain-pemain yang bersama skuad kebangsaan beraksi di Terengganu. Namun terdapat beberapa pemain import kami sedikit sebanyak menghadirkan kebimbangan mengenai tahap kecergasan mereka," katanya lagi.

 

Advertisement

Must Watch Video