Kemampuan untuk menyerap tekanan berdasarkan kelebihan tipis yang dimiliki perlu menjadi sandaran buat Sarawak yang menerima kunjungan Terengganu dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Negeri, Kuching, esok.
Peluang kedua-dua pasukan untuk mara masih terbuka selepas perlawanan pertama di Kuala Terengganu, 1 April lalu, berakhir 1-1.
Begitupun, Sarawak mempunyai sedikit kelebihan jaringan di tempat lawan selepas pemain import, Lee Jong-ho, menjaringkan gol dalam pertemuan itu.
Situasi itu mungkin mendatangkan rasa gerun buat Terengganu tetapi Sarawak masih gagal menemui kemenangan di tempat sendiri pada musim ini.
Lantaran itu, jurulatih Sarawak, David Usop, tidak mahu skuad kendaliannya hampa kali ini, dan mempunyai perancangan tersendiri untuk menyekat kemaraan Terengganu.
"Esok perlawanan akan berbeza. Ya akan ada tekanan kepada pemain tetapi saya rasa mereka cukup matang untuk mengawal keadaan.
"Saya beritahu mereka (pemain), kami tidak boleh mengambil sambil lewa dan tidak boleh terlampau tertekan ketika bermain," katanya.
Pandangan sama turut disuarakan pemain pertahanan Sarawak, Demerson Bruno Costa.
Jelasnya, Sarawak masih mempunyai baki 90 minit yang perlu diharungi dan mereka perlu kekal fokus agar tidak terlepas peluang terbaik untuk memburu gelaran musim ini selepas mempamerkan persembahan kurang konsisten dalam saingan Liga Super.
"Perlawanan ini sukar kerana Terengganu adalah satu pasukan yang hebat. Esok kami memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir.
"Saya fikir kami boleh lakukan walaupun perlawanan ini adalah sukar. Kami yakin boleh pergi ke separuh akhir," katanya.