Negeri Sembilan (NS) berjaya membawa 'bekalan' untuk aksi kedua suku akhir Piala FA di Paroi pada 21 April depan apabila menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Aksi suku akhir pertama Piala FA itu menyaksikan skuad kendalian Mohd Asri Ninggal semakin menghampiri separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan hasil jaringan tunggal penyerang import mereka, Marco Simic.
Tuan rumah lebih awal memiliki peluang menerusi Jonathan Behe pada minit kelima, bagaimanapun, cubaannya selepas mengelecek penjaga gol pelawat, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, sekadar terkena jaring tepi pintu gol.
Pada minit ke-20, NS hampir memperolehi jaringan hasil cubaan sepakan percuma, Lee Andrew Tuck, kira-kira 35 meter dari luar kotak penalti, namun rembatan cantiknya itu sekadar terkena tiang.
Simic kemudian meletakkan pelawat di depan pada minit ke-25 menerusi percubaan susulan selepas penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim, menampan rembatan Bruno Junichi Suzuki Castanheira, sebelum itu.
Minit ke-43, Sofiane Choubani memiliki peluang hasil rembatan dari luar kotak penalti, namun percubaannya itu terus ke dakapan Mohd Kaharuddin dan kedudukan 0-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, Simic hampir menambah gol pada minit ke-48, malangnya tandukannya sekadar singgah di palang walaupun Rozaimie telah pun tertewas.
Minit ke-50, tiang sekali lagi menjadi penghalang NS hasil cubaan Bruno dari dalam kotak penalti.
Sofiane Choubani kemudian memiliki peluang pada minit ke-58 hasil cubaan 'libasan' di dalam kotak penalti, bagaimanapun, tendangannya sedikit tersasar.
Pada minit ke-81, Lee hampir mendapat gol kedua buat pasukannya, namun percubaannya berjaya ditampan Rozaimie.
Minit ke-90, Igor Cerina memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi tandukannya berjaya diselamatkan pertahanan lawan di atas garisan gol.
Kedudukan 1-0 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan Muhammad Zamzaini Katimin meniupkan wisel penamat.