Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Malaysia: 'JDT, Selangor dan Sabah tak boleh goyang kaki'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
"Jangan ingat ia tugasan mudah!" -

Berikut penegasan bekas pemain kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar, yang menasihatkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor dan Sabah agar berwaspada dengan kemampuan pasukan daripada Liga A1 Semi-Pro.

Ahmad Shahrul turut mendedahkan ada rasa kurang perisanya melihat undian Piala FA Malaysia semalam apabila tiadanya pasukan besar seperti Pahang, Kedah dan Perak.

Ketika ramai yang melihat tiga pasukan Liga Super iaitu JDT, Sabah dan Selangor bakal memulakan saingan Piala FA dengan bertemu pasukan dari iga A1 sebagai tugasan mudah, Ahmad Shahrul memberikan pandangan berbeza.

Keampuhan yang mampu dijelmakan pasukan dari divisyen kedua bagi saingan Piala FA, malah Sime Darby pada suatu ketika dahulu daripada sangan Liga Perdana pernah muncul sebagai finalis Piala FA 2012.


 

"Kelab yang kerdil ini pastikan akan memberikan saingan yang baik berdepan pasukan gergasi seperti JDT, Selangor dan Sabah.

"Jadi, peluang untuk mereka menonjolkan diri itu besar. JDT, Sabah dan Selangor tak boleh goyang kaki kerana mereka akan memberikan saingan sengit nanti," katanya.

Dalam pada itu, Shahrul selaku bekas kapten Perak mengakui ada perasaan janggal melihat undian itu apabila tiada nama Perak buat pertama kali ketika undian berlangsung.

Dia mengharapkan situasi perkara itu hanya bersifat sementara dan yakin kebangkitan Perak akan berlaku dalam masa terdekat walaupun perlu bermula di Liga A1.

"Ini yang harus kita telan Perak tiada dalam kempen Piala FA kali ini, saya harap pasukan Perak akan lebih baik dalam menaikkan nama Perak hingga berjaya ke Liga Super." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisement

Must Watch Video