Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Cerita dongeng jarang berlaku -- Nidzam Jamil luah pandangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nj.jpg
'Kisah dongeng sukar berlaku' 

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, mengakui peluang untuk mara ke separuh akhir Piala FA sukar rentetan kekalahan 0-4 di tangan Selangor selaku naib juara musim lalu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Namun, itu tidak bermakna bekas pengendali Gergasi Merah itu akan mengibarkan bendera putih lebih awal, sebaliknya menuntut para pemain untuk segera memperbaiki kelemahan menjelang perlawanan timbal balik kedua di Petaling Jaya, 29 Oktober ini.

"Keputusan ini tak bagus. 

"Ia tidak bagus untuk sistem timbal balik Piala FA ini.

"Dalam bola sepak, ada sesuatu yang kita buat dengan baik, tetapi mereka menghukum kami di bahagian kiri dan kanan. 

"Semua gol dibolosi daripada pergerakan sayap lawan.

"Pendapat saya, kami banyak mencipta peluang juga, tetapi tidak dapat penyudah yang cantik. 

"Kami perlu menambah baik bola terakhir. 

 

"Sukar. Saya rasa kami perlu fokus dengan persediaan sebelum ke sana. 

"Kami perlu bermain dengan berbeza menentang PDRM terlebih dahulu minggu hadapan.

"Bola sepak ini cerita yang dipenuhi dengan seni 'come back', pasukan kecil kalahkan kelab besar.

"Dan perkara itu berlaku ketika kami menewaskan mereka dalam aksi Liga Super sebelum ini.

"Tetapi, ia sukar berlaku. Cerita dongeng dalam realiti bola sepak ini sukar berlaku, namun kami tetap mencuba.

"Saya berharap kami diberi masa untuk berkembang kerana pasukan ini ada bakat," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video