Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Maradona ragui kelayakan Argentina tanpa Messi

25417lionelmessi2.jpg
Legenda Argentina, Diego Maradona, meragui sama ada negaranya boleh layak ke Piala Dunia 2018 dengan Lionel Messi digantung perlawanan.

Juara dunia dua kali itu berada di tangga kelima -- slot play-off -- dalam kelayakan selepas memenangi hanya enam daripada 14 perlawanan.

Messi sedang menjalani penggantungan empat perlawanan kerana menghina seorang pegawai, dan yang pertama antara perlawanan itu adalah ketika tewas 0-2 kepada Bolivia dan membawa kepada pemecatan jurulatih, Edgardo Bauza.

Maradona, juara Piala Dunia 1986, mempersoalkan sama ada Argentina boleh layak untuk beraksi di Russia 2018.

"Kami digagalkan," katanya kepada Radio Rivadavia.

"Tanpa Messi, kelayakan adalah meragukan."

Argentina masih belum melantik pengganti Bauza dan baki empat perlawanan kelayakan mereka adalah menentang Uruguay, Venezuela, Peru dan Ecuador.

Advertisement

Must Watch Video