Arsene Wenger membayangkan dia akan meneruskan masa depan sebagai jurulatih dalam kancah antarabangsa sejurus meninggalkan Arsenal.
Pengendali itu menggalas tanggungjawab ke atas The Gunners sejak 1996 dan melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi pada Mei lalu di sebalik spekulasi dia akan meninggalkan Stadium Emirates selepas kehilangan slot dalam Liga Juara-Juara (UCL), musim lalu.
Wenger sudah lama dikaitkan akan beralih ke saingan antarabangsa susulan sudah lama bertapak di Arsenal sehingga dikaitkan dengan tugasan bersama England serta negara asalnya, Perancis.
Sungguhpun belum menerima sebarang tawaran rasmi, Wenger mengakui dunia bola sepak antarabangsa yang kurang padat lebih sesuai dengannya pada kemudian hari.
"Mungkin saya akan melakukannya tetapi setakat ini saya lebih suka terlibat dengan kehidupan kelab pada setiap hari kerana ujian sebenar ada di sana," kata pengurus Gunners itu kepada beIN SPORTS.
"Memberi tumpuan untuk melatih dalam tempoh empat atau lima minggu adalah pengalaman yang berbeza, saya percaya pengalaman sebenar untuk mengurus pasukan adalah pada setiap hari.
"Tetapi, saya tidak akan sentiasa mempunyai kekuatan fizikal untuk melakukannya, jadi saya akan beralih kepada latihan pasukan kebangsaan.
"Sudah tentu (ia adalah menarik), saya belum memutuskannya lagi. Namun, hidup saya sentiasa terkait rapat dengan bola sepak, bergantung kepada keadaan fizikal saya.
"Bagaimanapun, sehingga akhir hayat, saya akan tetap dalam bola sepak, saya tidak pasti sama ada akan memainkan peranan sebagai pengarah atau sebagai pengurus -- selagi terdaya mungkin sebagai pengurus, satu hari nanti saya pasti akan berhenti, namun akan kekal dalam sukan sepak bola," katanya.
Dia tidak menolak kemungkinan akan berada di bangku simpanan dalam Piala Dunia 2022 di Qatar, sambil menambah: "Mungkin, anda tidak pernah tahu!"