Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026 - Malaysia "Dare to Dream"

maskryg.jpg
Pada Rabu, dalam sidang akhbar pra-perlawanan, Ketua Jurulatih Bola Sepak Negara, Kim Pan Gon berkata dia tidak kisah ditertatawakan negara lain apabila menyebut bahawa objektif Harimau Malaya dalam kempen Piala Dunia 2026 adalah untuk berada dalam kelompok 18 terbaik.

Dan kemenangan menakjubkan Harimau Malaya ke atas Kyrgyzstan dengan bangkit daripada ketinggalan 1-3 untuk menang 4-3, pasti skuad bola sepak dan objektif Pan Gon bukan lagi menjadi bahan ketawa negara lain.

Malah mungkin kemenangan ini hadirkan gerun kepada lawan dengan petanda bahawa Malaysia kini atas landasan untuk kembalikan semula maruah serta reputasi selaku antara pasukan terbaik Asia satu ketika dulu.

Apa yang pasti kemenangan yang diraih ketika diambang kekalahan menyuntik semangat barisan pemain negara dalam melayari perlawanan berikutnya menentang Taiwan, 21 November ini.

Sesungguhnya Malaysia sudah beraksi seperti Harimau dan bukan lagi "macam budak sekolah" seperti apa yang mahu diterapkan Pan Gon.





Untuk ke pusingan ketiga, yang hanya selangkah saja lagi ke pusingan akhir Piala Dunia 2026, Malaysia perlu raih sekurang-kurangnya 12 mata daripada maksimum 18 mata.

Secara perkiraan matematik, Malaysia perlu menang empat perlawanan terutama menentang Kyrgyzstan dan Taiwan sambil berharap dapat curi mata menentang pasukan pilihan Oman.

Langkah pertama Malaysia sudah berjaya dilaksanakan dengan menewaskan Kyrgyzstan pada Khamis dan kini Taiwan menjadi sasaran tiga mata berikutnya.

Apa yang pasti daripada aksi menentang Kyrgyzstan, Harimau Malaya tidak perlu lagi berasa kerdil dan ngauman mereka makin kuat,
 

Advertisement

Must Watch Video