Selepas undian Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 diumumkan, bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, beranggapan kejohanan itu merupakan pentas bermanfaat buat skuad Harimau Malaya, dengan syarat semua pemain warisan turut terlibat dalam mengharungi saingan kali ini.
Asmawi juga menegaskan kualiti dan pengalaman pemain warisan mampu memberikan impak besar, terutama dalam menentang pasukan yang lebih tinggi daripada aspek rankingnya.
"Tajikistan, Afghanistan dan Iran dalam satu kumpulan, saya rasa kita ingin melihat sejauh mana kemampuan pasukan kita di Asia Tengah.
"Kita juga mahu melihat percaturan Peter dalam tiga aksi, juga sejauh mana kemampuan pemain baru yang ada kekal dalam tiga perlawanan itu nanti," katanya.
Skuad negara dijangkakan mampu menjana tujuh mata maksimum dengan mengambil kira format kumpulan yang menyaksikan dua pasukan lebih tinggi ranking dan satu pasukan dibawah Malaysia.
Pentas Piala CAFA dilihat bukan sahaja sebagai medan persaingan, malah platform penting untuk pengurusan menguji kombinasi terbaik menuju kejohanan lebih besar iaitu baki saingan Kejohanan kelayakan piala Asia 2026 nanti.
"Dua perlawanan melibatkan pasukan di ranking atas dan satu di Bawah, jika mengambil kira mahu layak ke final dan jumlah mata. Saya sasarkan tujuh mata iaitu dua menang dan satu seri, itu gambaran saya.
"Jika tidak tujuh mata, kita mengharapkan empat atau tiga mata." tambahnya.