Skip to main content

Bola Sepak

Piala Cabaran: Yusri minta JDT II kalahkan Sarawak

yusri-che-lah.jpg
Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah, mengharapkan bantuan daripada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk mengalahkan Sarawak di Kuching bagi membolehkan Kelantan layak ke separuh akhir Piala Cabaran sebagai naib juara Kumpulan A.

Rayuan itu mudah difahami selepas skuad bimbingannya kalah 1-3 kepada skuad Harimau Selatan itu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

"Tahniah kepada JDT II dan keputusan ini melayakkan mereka ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

"Sekali lagi, saya mengharapkan satu keajaiban berlaku di Kuching. 

"Kami berdoa supaya JDT II menang di sana, sekali gus membolehkan Kelantan layak ke separuh akhir," katanya.

Sementara itu, Yusri masih menggunakan istilah 'kami sahaja yang tahu' ketika mengulas persembahan anak buahnya, malam tadi.

"Kepada pemain saya, terima kasih selama mana bersama saya. 

"Anda telah memberikan segala-galanya. 

"Hanya kami sahaja yang tahu keadaan sebenar," luahnya.

Untuk rekod, Yusri pernah meluahkan pandangan kepada media supaya pihak pengurusan baru Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bertindak segera menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain TRW.

Kredit Foto: Kelantan FA Red Warriors

Advertisement

Must Watch Video