Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B23: Malaysia sasar kemenangan bertemu Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

284393733_712361696503736_5765905770385598406_n.jpg
Pertahanan skuad B23 negara, Azam Azmi tidak rela Thailand mencipta dominasi dalam saingan Piala Asia B23 selepas pertemuan terakhir di Sukan SEA Hanoi memihak kepada skuad negara.

Justeru 90 minit aksi kedua perlu disudahkan dengan kemenangan selepas pertembungan dengan Korea Selatan memberikan banyak pengajaran untuk mereka.

"Ia merupakan satu pengalaman ketika bertemu Korea Selatan, tidak dinafikan kemampuan mereka merupakan antara yang terbaik dan bertemu Thailand kami akan cuba memastikan kemenangan," kata Azam.

Tegasnya lagi, tiada istilah mudah bertemu Thailand malah kejayaan pasukan itu mara ke final Sukan SEA mampu memberikan impak positif untuk mereka lebih yakin bertemu skuad negara dalam misi wajib menang bagi kedua-dua pasukan.

"Sebagai sepasukan, kami telah berlatih dan bersedia untuk bertemu Thailand, kami tidak akan mengambil mudah perlawanan ini dengan memastikan keputusan yang positif memihak Malaysia."
 

Advertisement

Must Watch Video