Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Richard Chin tawar lebih banyak pilihan buat pelapis Harimau Malaya

richard-chin.jpg
Richard Chin sah memperkuatkan skuad B-23 negara berikutan proses dokumentasinya selesai baru-baru ini.

Malah, pemain berdarah campuran Malaysia-England tersebut sudah menyertai fasa pertama latihan di bawah bimbingan Juan Torres Garrido sejak beberapa hari lalu.

Kelibat pemain berusia 21 tahun itu sememangnya ditagih bagi memacu skuad muda negara dalam kempen Piala Asia B-23 di Qatar, April tahun depan, menerusi kelebihan yang dimilikinya. 

"Dia baru dua hari menjalani latihan bersama kami. 




"Dia baru berusia 21 tahun dan berpotensi besar.

"Dia memberi pilihan yang lebih banyak buat pasukan kerana kemampuannya beraksi di bahagian tengah mahupun bek sayap.

"Seronok untuk kami membuat pilihan nanti, " kata pengurus B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mohktar.

Untuk rekod, Richard ketika ini mewakili bersama Dartford FC secara pinjaman daripada Charlton.

Dan dia pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang beraksi dalam Piala Liga Inggeris (EFL).
 

Advertisement

Must Watch Video