BOLA SEPAK
Piala Asia B-23: Maloney gagal tunai janji
Jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney gagal menunaikan janji yang dibuat selepas lanjutan kontrak selama dua tahun termaktub pada Disember 2021.
Ia kontrak selama dua tahun yang akan berakhir pada penghujung 2023.
Atas dasar keserasian Maloney membawa pasukan muncul juara Kejohanan AFF B19 pada 2019 dan berikutnya juara Kejohanan AFC B20 pada tahun yang sama, pasukan itu dianggap ‘golden team’ di masa akan datang.
Iklan
Tiga tahun membawa pasukan yang sama, pemain yang sama, Maloney gagal mencetak hasil atau sekurang-kurangnya mempamerkan kejutan di Piala Asia B23 di bumi Uzbekistan.
Lebih parah, tujuh kali bolos daripada dua perlawanan dengan Korea Selatan dan Thailand mencalarkan imej baik skuad itu yang melewati perbagai kejuaraan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
"Tiada sebarang kecederaan yang serius dan terdapat sebilangan pemain yang masih kepenatan daripada perlawanan terdahulu. Saya masih belum memikirkan mengenai perlawanan akan datang dan mungkin melakukan rombakan dalam kesebelasan utama ," kata Maloney.
Usai kekalahan kedua semalam, Maloney menyatakan keterbukaannya untuk dia bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menilai semula kontrak yang ditandatangani enam bulan lalu.
"Saya masih belum memikirkan tentangnya, tetapi perkara itu akan dibincangkan dengan FAM selepas pulang ke Malaysia."
Must-Watch Video