Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Korea Selatan hukum kelekaan barisan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mukhairi-ajmal.jpg
KOREA SELATAN 4 MALAYSIA 1 

Korea Selatan membuktikan reputasi sebagai juara bertahan apabila memerangkap Malaysia 4-1 ketika membuka kempen Kumpulan C, Piala Asia B-23, sebentar tadi. 


Sekalipun memiliki dua kesempatan menarik termasuk voli daripada Hadi Fayyadh Abdul Razak sejurus sepak mula di Stadium Lokomotiv itu, Korea Selatan mula memperkemaskan permainan dan menyukarkan pemain negara untuk melepasi bahagian tengah. 

Tetapi Korea Selatan terpaksa menunggu hingga minit ke-31 untuk memecah kebuntuan perlawanan menerusi tandukan Lee Sang-min daripada sepakan sudut. 

Namun, Korea Selatan tidak perlu menunggu untuk mencetak gol kedua perlawanan apabila bijak menggunakan situasi bola mati sebelum Kim Tae-hwan melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti. 

Sesekali skuad kendalian Brad Maloney itu tetap cuba memecah keampuhan benteng lawan yang menyaksikan satu lambungan Mukhairi Ajmal tersasar tatkala pintu gol lawan sudah ternganga. 

Begitupun, Mukhairi -- yang diberi peranan bebas -- menebus kehampaan awal itu ketika menyambut lorongan Nik Akif Shahiran Nik Mat pada minit ke-83.




Namun, akibat terlalu ghairah mencari gol penyamaan, gawang Malaysia dirobek dua kali lagi menuju waktu kecederaan selepas pemain gantian, Cho Young-wook, licik mencari posisi terbaik untuk membuat penyudah. 

Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua menentang Thailand di venue sama dalam tiga hari lagi.

"Saya rasa bola itu 50-50 untuk masuk ke dalam. Saya cuba tolak dengan kaki tapi bukan rezeki untuk menjaringkan gol dalam peluang pertama. 

"Saya harap pasukan dapat perbaiki taktikal dan ikut arahan jurulatih. Kami mahu bangkit dalam dua perlawanan lagi," kata Mukhairi merangkap ketua pasukan. 

 

Advertisement

Must Watch Video