Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: AFC terima bidaan penganjuran bersama

afc-house.jpg
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terpaksa mengubah tradisi rentetan kepada keputusan China menarik diri dari menjadi penganjur membawa kepada keterbukaan AFC terima mana-mana negara buat bidaan walaupun dari Asia Barat.

Kriteria utama -- hanya 24 pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Asia sahaja dibenarkan membuat bidaan.

"Pasukan yang layak ke Piala Asia sahaja boleh membuat bidaan sebagai tuan rumah dan penganjuran bersama juga dialu-alukan," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul.

"Penganjuran bersama dibenarkan ekoran penganjuran singkat untuk menyediakan 8-10 stadium jadi jika ada negara yang ingin membuat penganjuran bersama turut dialukan."

Berbaki dua hari sebelum saingan kelayakan Piala Asia bermula, AFC tidak menerima sebarang bantahan serius dari mana-mana pasukan melibatkan enam kumpulan menjadikan penganjuran kali ini memberi petanda yang cukup baik.

"Jangkaan daripada jurulatih sangat tinggi daripada segi aspek penganjuran. Ia merupakan perkara biasa ada masalah terhadap kualiti padang, stadium, tetapi kami tidak menerima bantahan serius daripada mana mana pasukan dalam enam venue terlibat, ia sekaligus memberikan satu petanda dan permulaan yang baik."

 

Advertisement

Must Watch Video