Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, memohon maaf susulan kekalahan kepada Tajikistan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Menurut Pan-gon, dia memahami kekecewaan setiap penyokong negara, namun menegaskan pemainnya sudah memberikan yang terbaik.
Bagaimanapun, dia menegaskan Harimau Malaya tidak akan berputus asa dan akan terus memandang ke depan.
"Minta maaf kepada rakyat Malaysia yang mengharapkan kami menjadi juara tetapi kami gagal memberikannya. Saya minta maaf.
"Saya masih berbangga dengan pemain. Mereka bermain dengan pasukan ke-110 dunia dan mampu memberikan saingan serta tekanan kepada mereka dalam perlawanan ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Skuad negara, yang berada di ranking ke-134 dunia, terpaksa akur dengan kualiti yang dimiliki Tajikistan selepas tewas 0-2.
Dalam perlawanan itu, gol Tajikistan dijaringkan oleh Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Samiev Shahrom pada minit ke-88.
Ia menjadi kejuaraan Pestabola Merdeka pertama buat Tajikistan dalam penampilan sulung mereka.
Untuk rekod, Kejohanan Pestabola Merdeka dianjurkan semula tahun ini selepas kali terakhir diadakan pada 2013.
-- Sinar Harian