Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka: Ahmad Syihan serah jurulatih tentukan posisi utama Harimau Malaya

ahmad-syihan_1.jpg
"Saya atau Azri Ghani, kami sedia berikan yang terbaik".

Demikian menurut penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi, yang mengganggap semua penjaga gol memiliki kelebihan masing-masing untuk diturunkan bertemu Filipina di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Ahmad Syihan percaya semua pemain mampu mempamerkan prestasi ampuh bagi memastikan permulaan sempurna buat skuad negara dalam Pestabola Merdeka 2024.

Ahmad Syihan kembali memperkuatkan skuad negara setelah disisihkan dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan Jun lalu akibat kecederaan.

Penjaga gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) ini terlepas dua perlawanan perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei.

Sememangnya, anak jati Kelantan itu berdepan persaingan sengit terutama daripada Azri yang tampil menyerlah dalam aksi terdahulu.

"Tak perlu nak bandingkan pemain, masing-masing ada keistimewaan. 




"Alhamdulillah, azri bagi yang terbaik. Saya hanya fokus kepada sesi latihan, fokus kepada apa yang jurulatih mahukan dan untuk pasukan. 

"Persaingan, Alhamdulillah semua bersaing dengan baik, tiada siapa yang lebih dan tidak. Semua bersaing dengan baik dan tunjuk dalam latihan," katanya. 

Siapa pun yang dipertaruhkan bertemu The Azkals, Syihan mengakui tugasan mencabar menanti mereka dalam mengekang kemaraan lawan.

Dia juga enggan rakan sepasukan hanya fokus kepada tonggak yang beraksi di Malaysia walaupun ia dilihat sebagai satu kelebihan.

"Semua pemain negara kena ambil perhatian kerana mereka datang bukan kosong, sebagai pemain kami ada strategi jadi jangan ambil mudah setiap pasukan yang kami lawan, kami kena selalu bersedia dan fokus," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video