Skip to main content

Bola Sepak

Persembahan PSG kecewakan Tuchel

tuchel.jpg
PSG 0 REIMS 2

Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mengkritik persembahan hambar barisan pemainnya selepas tewas 2-0 di laman sendiri kepada Reims dalam saingan Ligue 1.


Jaringan daripada Hassane Kamara dan Boulaye Dia sudah cukup untuk pasuka pelawat itu melakar kemenangan mengejutkan di Parc des Princes awal pagi tadi.

Tewas buat kali kedua musim ini, PSG,bagaimanapun, kekal di tangga teratas liga selepas tujuh perlawanan, namun hanya dibezakan dengan bilangan jaringan dengan penghuni tangga kedua, Angers.

Kekalahan itu ternyata menjengkelkan Tuchel kerana ia merupakan kali pertama PSG tewas di laman sendiri dalam saingan Ligue 1 sejak Mei 2018.

"Saya sangat kecewa dengan persembahan kami," kata Tuchel.

"Bermain di Parc dengan menyarung jersi Parisian sentiasa istimewa, namun persembahan sebenar tidak dipamerkan dengan secukupnya.

"10 atau 15 minit pertama, kami bermula baik tetapi kualiti kami berkurangan selepas itu.

"PSG tidak menampilkan kemampuan sebanar, jadi kami berhak tewas.

PSG tanpa tonggak seperti Julian Draxler, Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan pemain pinjaman daripada Inter, Mauro Icardi – kesemuanya diketepikan ekoran kecederaan -- manakala Marco Verratti digantung perlawanan.

Tuchel membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama dan PSG kelihatan kurang rentak dan kreativiti dan terlalu bergantung kepada Neymar.

Penyerang kelahiran Brazil itu, yang menjaringkan gol kemenangan PSG dalam dua perlawanan sebelum ini, gagal mengulangi persembahannya sekali lagi.

Tuchel, bagaimanapun, mempertahankan keputusan merombak pasukan berdepan Reims walaupun keputusan tidak menyebelahinya.

"Saya tidak menyesal apa-apa," katanya lagi. "Kami kekurangan pemain kerana masalah penggantungan dan kecederaan.

"Kami terpaksa mengambil keputusan dan ini akibatnya tetapi saya tidak berasakan kami tewas kerana merombak pasukan. Ia lebih kepada cara kami bermain."

Advertisement

Must Watch Video