Gonzalo Higuain menyedari dia perlu menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Juventus berazam untuk bangkit selepas tewas dalam final.
Penyerang Argentina itu telah menjaringkan 18 gol dalam saingan di Eropah sepanjang kariernya ([beraksi bersama Real Madrid, Napoli, dan Juventus), lima daripadanya hadir pada musim lalu apabila skuad Bianconeri tewas kepada skuad bimbingan Zinedine Zidane dalam final.
Higuain bersetuju dengan penilaian pengendali pasukan, Massimiliano Allegri, bahawa dia mampu mempertingkatkan lagi mutu permainan pada musim akan datang.
"Allegri memberitahu saya perlu menjaringkan lebih banyak gol dalam UCL," kata Higuain.
"Kami melihat kepada musim depan, ia akan menjadi sangat sukar dan panjang. Kami tidak sabar untuk menghadapinya dan mahu segera bangkit.
"Saya sentiasa mahu menjaringkan gol dan melakar kemenangan.
Real mempamerkan kelas tersendiri apabila meledak empat gol dalam final bertemu Juventus tetapi Higuain yakin telah mengetepikan mimpi buruk itu dan berharap untuk mencipta sesuatu pada musim seterusnya.
"10 hingga 15 minit pertama, kami bermain lebih baik daripada mereka.
"Dalam separuh masa kedua, Real bermain dengan lebih agresif dan menghukum kami. Kami seharusnya mampu bermain dengan lebih baik tetapi ia sudah berlalu.
"Kami tidak berasakan seperti pasukan terbaik di Eropah tetapi kami mampu bersaing dengan mereka."

Five fantastic Higuain strikes for Real Madrid, Napoli and Juventus: “Gonzalo Higuain: 5 Great Goals” https://t.co/CNSTyfo3I4
— Soccer 1:1 (@soccertrainsf) July 24, 2017