Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menjelaskan bakal membangunkan semula sukan termasuk bola sepak mengikut kemampuan negeri itu sendiri.
Dia turut menekankan pengurusan pasukan bola sepak perlu berbelanja mengikut kemampuan tersendiri dengan menjadikan insiden yang melanda Perak sebagai pengajaran buat semua pasukan.
"Kita sasarkan pembanggunan bola sepak ini sehingga 2035 dan kita bentangkan kertas kerja sukan termasuk bola sepak menjelang 2035 termasuk bola sepak dan kita sediakan peruntukan.
"Tidak bermaksud untuk Kedah Darul Aman (KDA) itu, kerana kita lihat bola sepak di semua negeri suram Dengan kenaikan kos tinggi. Daripada awal saya sudah sebut kita tak mampu untuk ikuti standard yang telah ditetapkan pihat tertentu.
"Akhir-akhir ini kita lihat semua negeri mengalami nasib sama sebab ikut tetapan yang bukan atas kemampuan sendiri. Kita dah pakai baju bukan saiz kita, ukur baju di badan orang lain. Akhirnya kita tidak boleh pakai baju itu.
"Jika nak suruh ikut juga, suruh dia main seorang lah. Saya cakap dahulu muat dalam lori semua piala, kemudian main perlawanan persahabatan. Kalah takpa, Akhirnya kita bersaing untuk tempat kedua, tempat kedua itulah johan sebenar. Saya cakap begitu orang kata saya derhaka tetapi akhirnya lihat sendiri.
"Akhirnya yang jadi mangsa para pemain, pasukan, peminat dan kesalah diletakkan kepada Sanusi. Saya harap ini pengajaran kepada kita semua. Kita akan bangunkan bola sepak dengan baju saiz kita.
"Baru-baru ini Perak pun bungkus, saya tidak salahkan Kerajaan Negeri Perak, bukan tanggungjawab dia. Sama dengan kita, bukan tanggungjawab kita tetapi di Kedah orang salahkan Sanusi." katanya dalam satu sidang media, semalam.