Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berazam mahu melahirkan pengadil berkelayakan dan berintegriti tinggi dalam mengisi mutu pengadilan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Berucap di Majlis Perjumpaan Pengadil Bolasepak Perak 2017 di Ipoh semalam, Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, berbangga dan mahu pencapaian pegawai pengadilan dari negeri ini terus cemerlang.
Kata Abdul Puhat, "Pengadil mempunyai tanggungjawab besar. Keputusan dibuat serta-merta dan mesti tepat. Ini berbeza dengan hakim mahkamah, sekiranya tidak dapat membuat keputusan, maka ditangguhkan dan dirujuk kepada buku undang-undang.
"Pengadil mampu menentukan kalah menang sesebuah pasukan. Jika keputusan tidak berdasarkan integriti, maka ia mampu membunuh atlet.
"Oleh itu saya menyarankan anda semua, tolong tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika bertugas", tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama Abdul Puhat berbangga apabila pengadil dari Perak diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan terlibat mengadili kejohanan anjuran badan itu.