Masalah penyudah tumpul terus menghantui Perak dan menjejaskan peluang The Bos Gaurus mempertahankan gelaran Piala Malaysia kali ini.
Ketika pencabar lain seperti Pahang dan Terengganu berupaya menyumbat dua atau tiga gol dalam perlawanan mereka, Perak malangnya masih terkial-kial mencari gol biarpun mencipta banyak peluang.
Ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Perak, malam tadi, tuan rumah sepatutnya menamatkan riwayat tentangan lawan dalam separuh masa pertama lagi kerana mencipta banyak peluang.
Ronaldo Henrique Silva menamatkan kemarau jaringan dalam empat perlawanan dengan menyudahkan hantaran silang J. Partiban pada minit kesembilan.
Begitupun selepas gol itu episod sedih Perak berulang apabila gagal menyudahkan peluang-peluang yang diperoleh.
Tuan rumah yang bermain cantik dengan hantaran-hantaran kemas dan tepat berjaya menembusi benteng lawan sewenang-wenangnya tetapi gagal memasukkan bola ke dalam gawang.
Berikutan itu, tidak menghairankan apabila Mehmet Durakovic dilihat menghempas botol air ke tanah beberapa kali tanda marah.
"Inilah masalah Perak, kami kuasai permainan dan cipta banyak peluang tetapi tiada penyudah.
"Kami sepatutnya boleh tamatkan perjuangan Pulau Pinang lebih awal.
"Tapi akhirnya kami terpaksa menelan kepahitan apabila daripada satu serangan balas, mereka berjaya menyamakan kedudukan," kata Durakovic.
Apapun, jurulatih itu memuji pasukan Harimau Kumbang itu kerana mempunyai pertahanan kental dan bertahan dengan baik.