Penyokong Malaysia berdepan detik cemas selepas diserang segelintir penyokong Indonesia ketika menyaksikan pertembungan kedua-dua negara itu dalam aksi Kumpulan G, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Ia disahkan menerusi video ringkas yang viral di media sosial menunjukkan sejumlah penyokong tuan rumah menceroboh masuk kawasan stadium dan menyerang kawasan tempat duduk penyokong negara.
Video dipercayai dirakam beberapa penonton yang berada di kawasan stadium berkenaan turut memaparkan penyokong skuad Garuda membaling botol dan pelbagai objek, termasuk suar, dari tingkat atas ke arah kawasan penyokong skuad Harimau Malaya.
Insiden tersebut memaksa pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin, menghentikan perlawanan itu hampir 10 minit.
Selepas keadaan kembali terkawal, tiada sebarang insiden tercetus sehingga wisel penamat yang menyaksikan Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, melakar kemenangan bersejarah 3-2.
-- BERNAMA