Bintang bola sepak wanita England, Francesca Kirby, akhirnya mengumumkan persaraannya dalam karier bola sepak antarabangsa semalam.
Pemain berusia 31 tahun itu mula menyarung jersi The Three Lions pada 2013 ketika diberi kepercayaan sebagai penyerang skuad muda negara itu.
Dia kemudianya menyertai skuad senior pasukan England pada 2014 dan telah membuat penampilan sebanyak 77 kali dengan berjaya menyumbangkan 19 jaringan buat negaranya.
Selain itu, Kirby turut menyertai kelab Reading bermula 2012 hingga 2015 sebelum menyertai kelab gergasi, Chelsea, daro 2015 hingga 2024.
Dalam tempoh bersama Chelsea, Kirby membuat penampilan terbanyak sepanjang kariernya iaitu 114 kali dan meledakkan sejumlah 63 jaringan.
Bagaimanapun Kirby berhijrah ke Brighton & Hove Albion tahun lalu dan sempat beraksi sebanyak 17 kali dengan tujuh jaringan berjaya dihasilkan.